cLicK & cHecK iT OuT

secubit ingatan

salam semua... semoga sihat walafiat..sejahtera didunia n akhirat.. hari ke hari, kalo kite selak laman akhbar, ramai manusia dah jadi kurang waras. terlalu banyak kes - kes yang melibatkan nyawa melayang angkara perbuatan manusia itu sendiri. sedangkan mencabut nyawa bukan tugas dan hak manusia. tetapi manusia skg dah ilang arah . bile manusia x berpaksikan kepada iman dan akidah serta agama islam itu sendiri, ini lah jadinya. hati kecil saya terpanggil untuk meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila anak- anak kini nyawanya semakin terancam. suatu ketika dahulu, apa yg ditakuti cume pada binatang buas yang meragut nyawa manusia. namun pada hari ini, darah daging sendiri menjadi PEMANGSA. dimana nilai dan kasih sebagai manusia?? benarlah kata ustaz saya dahulu.apabila ALLAH telah tarik nikmat kasih dan sayang dalam diri manusia, perasaan belas ihsan x akan ada sebaliknya hanya perasaan benci dan dendam... apa salahnya seorang budak? apa silapnya kanak-kanak??? bagaimana  generasi kita akan datang seandainya masa kini kanak-kanak lain disuapkan pelbagai cerita negatif dan menakutkan?

arwah Nurin

arwah Dirang

kes kematian Dirang sungguh menyedihkan. saya fikir kes Nurin adalah yang terakhir. tetapi saya lupa bahawa manusia berhati binatang masih wujud di muka bumi dan ia petanda akhir dunia. sudah la dicekik, kemudian dibakar pulak. apa jenis manusia mcm ni? kalo korang penah tgok video national geographic, ada satu scene dimana harimau bintang menyelamtkan anak monyet. sdgkan pada zahirnya, mmg itu lah makanan bg haiwan karnivor tu. tp mcm mana harimau tu lindung plak si anak monyet dari kene makan dek rubah ke hape.. x ingat da. maknanya, walopon rimau tu ALLAH x bg die akal, tp rimau tu ade sifat belas. tp manusia??? ALLAH dah sediakan kesempurnaan dalam diri .siap dengan akal n fikiran.nape boleh jadik macam binatang pulak.bukan mcm binatang tapi lebih teruk dari binatang.moga ALLAH bagi hidayah agar dia bertaubat.

setiap yang berlaku dibawah perancanganNYA. sebagai hamba, berdoa lah semoga kita tidak tergolong dalam hamba yang melakukan kekhilafan sebegini. ameen.




LoaDinG LoVe ............................ 99%(^_^)

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved BintangHumaira.blogspot.com